Mar 15, 2007

"Srai 19!!! + A.L.O.N.G."

Bila buat sungguh-sungguh, pasti terasa hasilnya. Bila buat apa yang kita suka, pasti rasa kenikmatannya. Bila meletakkan sepenuh hati, pasti rasa keberkatan ada bersama :)


Minggu lepas, di Kem El-Azzhar Morib, saya dan Maya beserta sahabat yang ada, menjadi fasilitator untuk proram kepemimpinan dan pembentukan semangat pengawas, SRAI 19, Shah Alam.

Banyak kenangan bersama. Bermula dengan dugaan tiada kenderaan, saya dan Maya tekad juga sampai ke Morib sebelum malam menjelma. Ada air mata kesalan mengalir, takut tak tercapai kembara ini. Namun, Allah itu bersama. Dan, bermulalah kembara saya dan Maya. Bertukar-tukar bas, tepat jam 9 kami tiba. Syukur.


Menarik program kali ini, cara 'reward dan punishment' diperkenal agar adik-adik tahu bahawa, setiap apa jua pasti ada balasannya. Setiap kumpulan dibekalkan 'wang' sebanyak rm100. Jadi, pandai-pandailah mereka nak gunakan duit tersebut. Jika buat salah, kami denda. Duit ditarik dan begitulah sebaliknya. Buat baik, dibals baik ^_^



Kami beratkan pada modul pengucapan awam. Nampaknya tak semua tahu dan mahu berucap di depan umum. Amboi, malu-malu semuanya. Menjadi fasilitator, kami bimbing adik-adik. Hasilnya, bolehlah dibanggakan juga :)

Ada aktiviti memasak dalam kumpulan. Yang tumis bawang sampai rentung [hehe] Ada 'nite walking', adik-adik rentas hutan paya bakau saya kira selama 2 jam lebih agaknya. Hebat, dah lah berkaki ayam. Budak-budak U sebelah kami tu pun ada yang bawak lampu suluh dan berkasut :)

Program tamat hari Ahad. Macam-macam kerenah dan keletah yang dapat kami saksikan sebagai orang dewasa. Terkenang diri sendiri di usia mereka. Itu dari kiri Maya, saya, Afiq, Iman, Abg Anas, Kak Sue dan di depan tu Alang Fizan selaku ketua fasilitator.
---------------------------------------------------
Terima kasih buat semua. Terima kasih juga buat keluarga di SRAI 19. Guru-guru yang sporting, orang-orang di Kem El Azzhar juga. Kenangan indah bersulam lagi. Moga apa yang kita usahakan akan diguna oleh adik-adik di SRAI 19. Bersama menjadi dai'e, mencetus cahaya dan harapan, berkongsi ilmu dan pengalaman.

2 comments:

Anonymous said...

along...tolong masukkan nama faizal dalam program ni ye...
da hampir setahun da blog ni..tp xde pembetulan pun ekh!
da kering da air mata mengenangkan nasib yg selalu dilupakan ini.

Mentor_ulung said...

wakakak....sian btol lah kawan aku sorang ni...lupe..hihik ;P